Ahli Parlimen China bahas undang-undang larang makan haiwan liar

Parlimen China pada Isnin membahaskan deraf undang-undang 8 perkara berkait tabiat segelintir orang yang taksub memakan hidupan liar. (Gambar AP)

BEIJING: Ahli Parlimen China pada Isnin membahaskan deraf undang-undang mengenai mengharamkan perdagangan hidupan liar dan tabiat memakan haiwan itu untuk memastikan kesejahteraan dan kesihatan rakyat, lapor agensi berita Xinhua.

Deraf undang-undang itu dikemukakan pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan.

Mengandungi 8 perkara, ia menumpukan mengenai segelintir orang yang terlalu taksub menjadikan hidupan liar sebagai makanan.

Ia juga untuk menyediakan jaminan perundangan yang kukuh demi menjaga kesihatan awam dan keselamatan ekologi.