KEMASKINI: Dr M tiba di Istana Negara hadap Agong

Kenderaan membawa Dr Mahathir Mohamad memasuki perkarangan Istana Negara petang ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, selepas beliau menyerahkan surat peletakan jawatan perdana menteri.

Beliau tiba di perkarangan istana pada 4.40 petang.

Pertemuan dengan Agong menyusul beberapa jam selepas Presiden PKR, Anwar Ibrahim menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah kira-kira 2.30 petang tadi.

Mahathir menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Agong pada 1 tengah hari tadi selepas menemui Anwar.

Kini terpulang kepada Sultan Abdullah untuk menerima atau menolak peletakan jawatan Mahathir.

Kenderaan yang membawa Mahathir dilihat meninggalkan Istana Negara sekitar 6.20pm tadi.

Semalam, Lembah Klang “sibuk” dengan cakap-cakap Mahathir akan memimpin satu langkah politik untuk menubuhkan gabungan baru dan kemungkinan DAP disingkir dari Putrajaya.