Emoji paling banyak digunakan di dunia

Emoji ketawa sehingga menangis paling popular digunakan. (Gambar Rawpixel)

Mungkin ramai lagi yang masih keliru antara Emoji dan Emoticon.

Tapi kegunaannya kedua-duanya lebih kurang sama.

Emoji berasal dari Jepun sejak tahun 1997, menggunakan pictograph iaitu gambar yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu makna.

Berbeza dengan Emoticon yang menggunakan typography, menggabungkan emotion dan icon untuk menyampaikan sesuatu makna menerusi penggunaan aksara berdasarkan sesuatu emosi.

Perkataan Emoji wujud hasil daripada gabungan dua perkataan bahasa Jepun, e (絵, “picture, gambar”) dan moji (文字, “character, aksara”), maka terhasil lah perkataan Emoji yang kita selalu guna sekarang ini.

Tahukah anda ada sambutan World Emoji Day?

Semua orang di dunia pasti menggunakan emoji bagi menyampaikan apa yang mereka rasa. (Gambar Rawpixel)

World Emoji Day disambut pada 17 Julai setiap tahun sejak tahun 2014.

Banyak juga syarikat dan organisasi terbesar di dunia yang pernah meraikan World Emoji Day dengan melahirkan Emoji yang terbaru dan teristimewa sempena sambutan World Emoji Day antaranya Apple, Pepsi, dan Sony.

Malah ada sebuah laman web yang diberi nama World Emoji Awards, memberi anugerah kepada Emoji paling popular dan paling banyak digunakan setiap tahun menerusi undian orang ramai?

Memandangkan media sosial merupakan keperluan hidup manusia sekarang ni, Emoji juga sangat diperlukan untuk memudahkan lagi manusia terus berinteraksi di alam maya walaupun tanpa menulis apa-apa perkataan.

Hantar Emoji je, orang dah tahu dah apa yang dimaksudkan oleh individu yang menghantarkan Emoji tersebut.

Bayangkan jika tiada Emoji di smartphone atau media sosial, apa kita nak reply atau komen bila kita tak tahu nak luahkan menggunakan perkataan.

Sekarang ini, kalau malas nak reply, malas nak taip perkataan, hantar Emoji je sudah mencukupi!

Menurut sebuah laman web yang dikenali sebagai Emoji Stats, Emoji paling popular digunakan di seluruh dunia sekarang ialah Emoji ketawa sampai keluar air mata yang juga dikenali sebagai

Anda sendiri boleh tengok di Emoji Stats Emoji apa yang paling banyak digunakan oleh penduduk dunia sekarang ini memandangkan Emoji Stats menggunakan kaedah realtime analytic.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]