Pelik tapi ini cara elak dijangkiti Covid-19, guna siku tekan lif

Boleh anda bayangkan berapa ribu tangan yang menyentuh setiap butang lif yang mampu membawa pelbagai jenis bakteria. (Gambar Facebook Dr Taufik Razif)

Tiada siapa dapat menduga perangai pengotor atau tidak bertanggungjawab seseorang terutama sekali ketika menggunakan kemudahan atau peralatan awam.

Tambahan pula satu dunia kini dihantui dengan penyebaran virus Covid-19 dengan cepat.

Oleh itu sangat penting untuk semua orang menjaga kesihatan dan kebersihan diri bagi mengelakkan daripada apa jua penyakit terutamanya Covid-19.

Berdasarkan perkongsian Dr Taufik Razif di laman Facebooknya salah satu cara ialah dengan mengelak daripada menyentuh 3 tempat ini.

Elak sentuh guna tangan 3 tempat ini

Kurangkan guna tangan kalau nak sentuh 3 tempat ini:

  1. Tombol pintu ( terutamanya pintu toilet)
  2. Butang lif ( terutamanya di hospital)
  3. Barang yang dikongsi bersama.

Tangan kita ada kalenjar peluh dan kalenjar minyak atau sebum yang mengekalkan kelembapan pada tangan supaya tak merekah tapi benda ni juga yang akan perangkap kuman pada tangan kita bila kita guna tangan kita untuk tutup mulut masa batuk dan juga bersin.

Dan tangan itu lah nanti yang akan sentuh dan sebar kuman ke mana-mana.

Ambil contoh lif di hospital, bayangkan berapa ribu jari yang sentuh butang lif ini setiap hari?

Dan kita semua tahu hospital memang tempat orang sakit.

Sudah pasti paking ditakuti ialah demam kerana dari situ pembawa virus Covid-19 akan mula batuk dan bersin.

Mereka akan tutup mulut guna tangan.

Tangan ini lah juga nanti mereka akan guna untuk sentuh barang barang di sekeliling mereka.

Jadi tidak pelik dan sangat wajar jika semua orang mengamalkan sentuh butang lif menggunakan siku.

Malah elok juga menggunakan tisu supaya sesiapa sahaja tidak mudah dijangkiti mana-mana virus atau penyakit.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]