Simpati… Petugas media diberi 2 bungkus makanan oleh Istana Negara

Istana Negara bersimpati dengan petugas media yang berkumpul di hadapan pintu 2 sejak 8 pagi menghulurkan makanan kepada wakil media.

KUALA LUMPUR – Sekumpulan petugas media di pintu 2 Istana Negara yang membuat liputan isu peralihan kuasa mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah hari ini.

Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Nazim Mohd Ali keluar dari pintu 2 bersama beberapa pegawai dengan membawa 2 bungkusan makanan untuk diberikan kepada petugas media.

Difahamkan petugas media mula berada di pintu tersebut sejak 8 pagi tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini serta pergerakan keluar masuk beberapa pemimpin parti politik bagi menghadap Sultan Abdullah.

Dr Mahathir Mohamad yang melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri tengahari tadi difahamkan tiba di Istana Negara 4.40 petang bagi menghadap Agong.

Pertemuan itu disusuli selepas beberapa jam Anwar Ibrahim pergi ke Istana Negara.

Terdahulu Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dipecat daripada PKR.

Manakala Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan mengumumkan PPBM keluar daripada Pakatan Harapan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]