Melaka berfungsi seperti biasa, kata ketua menteri

Adly Zahari meminta rakyat mendapatkan pendirian kerajaan Melaka daripada sumber rasmi dan berhati-hati dengan sebarang kenyataan atau maklumat palsu. (Gambar Bernama)

MELAKA: Pentadbiran dan jentera kerajaan Melaka masih berfungsi seperti biasa di sebalik perkembangan politik di peringkat kerajaan persekutuan ketika ini, kata Ketua Menteri, Adly Zahari.

Beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan Melaka berkata, tugas dan tanggungjawab yang digalasnya tetap dijalankan seperti biasa.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Japerun (Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN) juga masih beroperasi seperti biasa. Selain itu, segala pertemuan dan mesyuarat rasmi juga akan berlangsung seperti biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut meminta rakyat mendapatkan pendirian kerajaan negeri daripada sumber rasmi dan berhati-hati dengan sebarang kenyataan atau maklumat palsu.