Nasib Kedah, 3 negeri lain tidak diketahui selepas pengunduran PPBM

Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir.

PETALING JAYA: Pengunduran PPBM dari Pakatan Harapan (PH) semalam menyebabkan beberapa kerajaan negeri berada dalam kedudukan minoriti, di mana Kedah – negeri asal Dr Mahathir Mohamad – paling terjejas.

Di Kedah, dengan ketiadaan PPBM, PH memiliki lebih banyak kerusi berbanding PAS dan Barisan Nasional (BN). Nasib 3 negeri penting lain masih tidak diketahui.

Undian penting PPBM meletakkan mereka dalam kedudukan untuk menentukan imbangan kuasa di Perak, Melaka dan Johor, namun kebimbangan adalah Kedah, yang mempunyai kepentingan strategik dan psikologi untuk parti itu.

Anak Mahathir, Timbalan Presiden PPBM Mukhriz adalah menteri besar Kedah, walaupun partinya hanya memegang 6 kerusi dalam DUN yang dianggotai 36 Adun.

Walaupun PPBM adalah sebahagian PH, gabungan itu memegang 2 kerusi majoriti, membolehkannya membentuk kerajaan negeri.

Tanpa 6 undian PPBM, PH Kedah melebihi 13-17 oleh PAS dan BN, manakala PPBM tidak dapat membentuk kerajaan negeri sendiri.

Untuk Mukhriz kekal berkuasa, PPBM mesti berdamai dengan bekas rakan PH dan meneruskan majoriti 2 kerusi – atau bekerjasama dengan PAS dan BN, untuk memegang kuasa DUN 23-13.

Di Perak dan Melaka, PH sama kuat dengan BN-PAS, dan 2 undian PPBM di setiap negeri meletakkannya di kedudukan “king maker” bagi menentukan siapa yang akan memegang majoriti dan membentuk kerajaan negeri.

Di Johor, PH mempunyai kelebihan 28-17 undi berbanding kombinasi BN-PAS, namun PPBM memegang 11 kerusi penting. Jika PPBM bersekutu dengan BN-PAS, DUN akan tergantung, dengan kedua-dua pihak memegang 28 undi.

Pilihan raya baru mungkin diperlukan melainkan parti terbabit boleh merundingkan majoriti yang jelas untuk kedua-dua pihak.

PH tidak terjejas di 2 negeri terkaya di semenanjung – Selangor dan Pulau Pinang – di mana PAS, BN dan PPBM hanya mempunyai kehadiran yang kecil.

Kerajaan Selangor yang dipegang PKR mempunyai kelebihan 45-6 berbanding jumlah BN-PAS, dan 5 kerusi PPBM tidak akan memberi kesan kepada kedudukan kerajaan negeri.

Begitu juga, di Pulau Pinang, kerajaan negeri PH memegang 35 kerusi berbanding hanya 3 yang dipegang BN dan PAS. PPBM mempunyai 2 kerusi DUN.

Semua negeri lain masih tidak terjejas oleh huru-hara di Putrajaya. PAS kekal dominan di Kelantan dan Terengganu, BN di Pahang dan Perlis, dan Warisan di Sabah.