Percutian berkonsepkan Bali di Grand Lexis PD, menangi baucar 2 hari 1 malam

Keindahan dan keunikan Grand Lexis Hotel sesuatu yang sentiasa didambakan sesiapa sahaja yang gemarkan percutian.

Dengan perjalanan selama sejam setengah dari Kuala Lumpur, anda akan dapat menikmati percutian mewah berkonsepkan Bali.

Semua itu dapat perolehi hanya di Grand Lexis Hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Nama Grand Lexis sendiri tidak lagi asing di kalangan mereka yang sememangnya sukakan percutian sambil bersantai di tepi pantai bersama pasangan mahupun keluarga.

Sebagai salah satu hotel bertaraf 5 bintang di Malaysia yang menawarkan “private swimming pool” di setiap bilik penginapan boleh dikatakan ia merupakan tarikan utama kepada Grand Lexis Hotel.

Kolam renang privasi yang menghadap lautan memberi satu aura yang tersendiri.

Resort yang berasaskan villa air yang diilhamkan daripada Bali ini turut dilengkapi dengan suasana tropika selain kolam renang peribadi bagi kesemua 317 villa.

Anda boleh berehat dan menikmati pemandangan laut bersama yang tersayang.

Dalam setiap bilik pula terdapat panel kaca di lantai bagi membolehkan anda melihat kehidupan marin di dalam lautan disamping 2 katil bersaiz “king” yang mampu membuat tidur anda nyenyak tanpa gangguan sesiapa.

Dengan berkonsepkan Bali, Grand Lexis turut menampilkan elemen suasana tropika.

Bilik mandi yang disediakan juga luas dengan bilik pancuran mandian yang berasingan serta pancuran mandian air luaran.

Setiap villa juga dilengkapi dengan ruang dapur kecil, lengkap dengan cerek elektrik sebagai kemudahan membuat kopi dan teh termasuk bar mini sesuai untuk keluarga kecil berkumpul atau sebagai percutian hujung minggu.

Selain daripada kolam renang yang indah di setiap villa turut disediakan kolam kanak-kanak bersama dengan papan luncur dan gazebo.

Kawasan berpasir yang terletak di sebelah Blok Tower, sesuai untuk mereka yang suka bola sepak pantai atau bola tampar.

Setiap penginapan akan diberikan sarapan secara percuma untuk 2 dewasa di Roselle Coffee House, yang menawarkan hidangan tempatan dan antarabangsa setiap hari.

Setiap bilik disediakan 2 katil saiz ‘king’ sesuai untuk penginapan 4 dewasa dalam satu masa.

Pilihan makanan termasuk nasi lemak dan mi goreng, serta sarapan bergaya Amerika dan sarapan kontinental ringan.

Sekiranya anda tinggal lebih lama, jangan risau kerana chef akan mengubah menu setiap hari!

Selain Roselle Coffee House terdapat juga restoran Jepun Umi menyajikan kegemaran dari Land of the Rising Sun; Lanun Bar, di mana seseorang boleh berehat dengan minuman, dan Pool Cafe, yang merupakan sebuah kafe santai di tepi kolam renang.

Villa tingkat atas juga mempunyai kolam privasi.

Resort ini menawarkan 13 jenis bilik – Villa Kolam Renang Deluxe, Villa Kolam, Suite Premier, Suite Deluxe, Villa Kolam Renang Grand Garden (unit atas), Villa Kolam Renang Grand Garden (unit bawah), Taman Villa Kolam (atas unit), Taman Villa Kolam (unit bawah), Villa Kolam Renang Besar (unit atas), Villa Kolam Renang Besar (unit bawah), Villa Kolam Renang Premium, Villa Kolam Renang Eksekutif dan Sky Pool Grand Villa.

Selain menikmati kolam renang peribadi di dalam bilik anda, anda juga boleh menikmati rawatan spa di Lex Spa, menyanyi bersama kawan-kawan anda di Pusat Karaoke atau beraksi di bilik permainan Grand Lexis ideal untuk percutian.

Hotel ini juga mempunyai gimnasium, percuma untuk semua tetamu.

Bagi kanak-kanak terdapat kolam khas serta papan luncur air.

Grand Lexis Port Dickson menawarkan dua baucar secara percuma untuk dimenangi pembaca FMT Ohsem di mana setiap baucernya bernilai RM2,798.

Sila layari laman sosial Facebook FMT Ohsem serta di laman sosial Instagram bagi menjawab soalan yang disediakan.

1. Berapa jenis bilik yang disediakan di Grand Lexis dan apakah konsep yang digunakan?

2. Apakah kemudahan yang terdapat di Grand Lexis dan namakan 3 daripadanya.

3. Percutian di Grand Lexis sememangnya diimpikan setiap keluarga kerana…..

Tarikh tutup penyertaan pada 10 Mac 2020.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]