Semakin pupus… 46 badak sumbu Botswana mati akibat pemburu haram

Badak sumbu Botswana semakin pupus apabila pemburu haram sering membunuh haiwan itu.

Sekurang-kurangnya 46 badak sumbu disahkan mati di Botswana dalam tempoh 10 bulan.

Menurut sumber kepada AFP, kejadian itu berlaku disaat habitat hidupan liar di negara selatan Afrika berdepan peningkatan dalam aktiviti pemburuan haram.

Pembunuhan haiwan terancam itu kurang 10% daripada baki badak sumbu yang ada di Botswana, dan ia berlaku di Taman Simpanan Moremi Game sejak April tahun lalu.

“Pemburuan haram semakin menjadi-jadi di kawasan ini dan saya boleh sahkan 46 badak sumbu dibunuh oleh pemburu haram bermula April tahun lalu,” kata timbalan pengarah jabatan hidupan liar, Moemi Batshabang.

Menurut pertubuhan kebajikan antarabangsa, Botswana ialah kediaman kepada 500 badak sumbu.

Haiwan terbabit adalah spesies dilindungi di negara itu dan tertakluk kepada keputusan kerajaan untuk mengakhiri larangan berburu selama 5 tahun, yang disasarkan ke atas gajah.

Sebahagian besar badak sumbu di Botswana menghuni kawasan berumput di utara Delta Okavanga yang turut menempatkan Taman Simpanan Moremi Game.

“Peningkatan aktiviti pemburuan haram ke atas badak sumbu hitam dan putih agak luar biasa dan membimbangkan,” kata Batshabang.

Situasi itu tahun lalu mendorong kerajaan untuk memberi amaran bahawa populasi badak sumbu boleh terhapus sepenuhnya di negara selatan Afrika menjelang 2021.

Ribuan badak sumbu yang satu ketika dulu mendiami Afrika dan Asia hampir lenyap, angkara pemburu haram dan kemusnahan habitat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]