Algeria catat kes pertama positif Covid-19

Pihak berkuasa Algeria memperkukuhkan sistem pemantauan di pintu masuk negara itu. (Gambar AP)

ALGIERS: Pihak berkuasa Algeria pada Selasa mengumumkan kes pertama Covid-19 iaitu warga Itali yang tiba di negara itu pada 17 Feb.

“Satu kes disahkan positif Covid-19, daripada 2 kes yang disyaki (kedua-duanya) warganegara Itali,” kata kementerian kesihatan negara Afrika Utara itu.

Televisyen negeri berkata individu yang dijangkiti itu diletakkan secara berasingan, tanpa memberikan butiran lanjut.

Kementerian Kesihatan berkata ia memperkukuhkan sistem pemantauan dan pengawasannya di semua pintu masuk ke Algeria.