BCL sedia untuk kembali ke pentas selepas kematian Ashraf Sinclair

Seminggu berlalu, sehingga kini ramai tertanya-tanya dan masih memikirkan tentang Bunga Citra Lestari (BCL) serta Noah selepas pemergian Ashraf Sinclair.

Meskipun masih berduka, BCL dilaporkan akan teruskan kerja seperti yang dijadualkan.

Menurut Anang Hermansyah yang berkongsi perbualannya dengan BCL ketika melawat balu Ashraf itu di kediamannya.

Kata Anang, BCL akan kembali menjadi juri Indonesian Idol pada minggu depan.

“Tapi tadi pesen, minggu depan akan hadir (jadi juri di Indonesian Idol).”

Tambah Anang dalam pertemuan itu, BCL memberitahu dia akan bangkit semula daripada kesedihan yang baru dilaluinya kerana kehilangan suami.

“Mas, aku harus bangkit lagi.”

BCL turut mengesahkan dia akan muncul di konsert penyanyi antrabangsa Ronan Keating di Jakarta pada Sabtu ini seperti yang dirancang.

Pegawai Perhubungan Media Relation Fullcolor, Rizky berkata: “Walau sedang berduka, BCL memastikan secara profesional dirinya tetap tampil pada konser bersama Ronan Keating.”

BCL juga dijadual akan beraksi di konsert BCL Live in Concert pada 16 April ini di The Pallas, Jakarta.

Terdahulu, Ashraf disahkan meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung dan ramai peminat dari Malaysia serta Indonesia turut bersedih mengenangkan kesedihan Bunga serta Noah Sinclair.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]