Jangan gusar… Ini 6 cara tamatkan persahabatan toksik dengan rakan anda

Memulakan persahabatan dengan kenalan baharu biasanya semudah memberi senyuman dan sapaan pertama.

Tetapi adakah menamatkan persahabatan toksik yang sudah lama terjalin boleh menjadi semudah itu?

Mesti anda tertanya-tanya, apakah keperluan untuk menamatkan persahabatan dengan rakan anda? Bukankah ia sesuatu yang negatif dan boleh diselesaikan sekiranya masing-masing saling bermaafan?

Ini senarai beberapa sebab mengapa anda perlu menamatkan persahabatan toksik dengan seseorang individu dan bagaimanakah caranya.

Sebab-sebab perlunya menamatkan persahabatan toksik dengan rakan anda

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah menentukan sebab mengapa anda tidak lagi mahu berkawan dengan rakan anda.

Ini akan membantu anda untuk move on dengan lebih mudah saat anda menamatkan persahabatan dengan individu terbabit.

Bagaimanapun, jangan sesekali menceritakan perasaan anda ini kepada individu lain, terutama sekali individu terbabit. Berikut adalah antara sebab mengapa anda mungkin memilih mahu menamatkan persahabatan dengan rakan toksik anda.

  • Nilai diri anda telah berlawanan dengan nilai rakan anda
  • Rakan anda telah menjadi individu toksik dalam kehidupan anda
  • Rakan anda merupakan musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan
  • Anda tidak lagi berasa seronok bersama rakan tetapi terpaksa melakukannya disebabkan sudah terbiasa
  • Rakan anda seorang yang sentiasa menjatuhkan nilai diri anda berbanding memberi sokongan
  • Rakan anda adalah seorang penipu

Cara yang sihat dalam menamatkan persahabatan toksik

Tidak ramai yang memperkatakan mengenai cara untuk menamatkan persahabatan toksik, disebabkan itu tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi berkenaan bagaimana untuk melakukannya.

Berikut kami sediakan beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menamatkan persahabatan secara sihat.

1. Menghilangkan diri secara perlahan-lahan

Kaedah ini memerlukan anda untuk mengurangkan interaksi sosial dengan rakan anda secara perlahan-lahan. Kaedah ini berkesan jika anda adalah seorang yang tidak gemarkan konfrontasi, atau jika rakan anda ialah seorang yang tidak begitu memberikan perhatian kepada apa yang anda cuba sampaikan.

Ia juga berguna jika anda berhadapan dengan rakan yang bersikap toksik. Kaedah ini tidak melukai hati dan perasaan mana-mana pihak memandangkan ia dilakukan secara tidak sedar.

Anda boleh mengurangkan interaksi sosial dengan cara memberikan alasan bahawa anda sentiasa sibuk, tidak mempunyai banyak masa untuk melepak atau sering bekerja lebih masa.

2. Bercakap

Jika kaedah pertama tadi tidak begitu sesuai dalam situasi anda atau tidak berkesan, maka anda perlu melibatkan diri dengan menggunakan kaedah kedua iaitu bercakap berhadapan dengan rakan anda.

Anda boleh ikuti langkah-langkah ini agar cara ini menjadi lebih smooth atau berjalan lancar.

Langkah 1: Ajak rakan anda untuk keluar minum kopi dan berbual. Ajak rakan anda untuk berjumpa secara berhadapan dan bukannya hanya melalui telefon atau WhatsApp.

Langkah 2: Pastikan anda mempunyai tujuan yang ingin diperkatakan ketika berbual nanti. Fikirkan mengenai apa yang sebenarnya anda ingin sampaikan. Apa sahaja matlamat perbualan tersebut, ia perlulah jelas dalam fikiran anda sebelum anda berjumpa.

Langkah 3: Katakan kepada rakan anda, apa yang anda rasakan saat bersama mereka. Ceritakan perasaan semasa anda.

3. “Berhenti” seketika daripada persahabatan

Sekiranya kaedah pertama dan kedua tidak menyelesaikan masalah anda, anda boleh menamatkan persahabatan segera dengan cara ‘berhenti’ untuk seketika waktu. Kaedah ini memberikan banyak manfaat kepada anda seperti:

  • Memberikan anda perspektif yang lebih segar dalam persahabatan
  • Memberikan peluang kepada anda untuk kekal tenang apabila sedang marah
  • Memberikan peluang kepada anda untuk menilai kembali persahabatan dengan rakan anda

Anda boleh memberikan beberapa alasan untuk berhenti berjumpa dengan rakan anda.

Katakan anda telah berpindah tempat bekerja atau rumah atau pergi ke luar negara dalam tempoh tertentu.

Katakan kepada rakan anda bahawa anda akan menghubungi mereka semula apabila anda telah bersedia.

Cara yang tidak sihat dalam menamatkan persahabatan

Terdapat juga beberapa cara yang tidak begitu sihat atau baik dalam menamatkan persahabatan.

Sebolehnya, elakkan daripada melakukan kaedah ini kerana ia tidak begitu membantu dalam kebanyakan situasi.

Antara cara yang tidak sihat dalam menamatkan persahabatan ialah:

  • Bermusuhan atau bersikap agresif
  • Menyuruh rakan-rakan anda yang lain untuk melakukan penamatan persahabatan bagi pihak diri anda
  • Menamatkan persahabatan melalui mesej atau chat

Menamatkan persahabatan sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana ia akan melibatkan emosi dan membuatkan seseorang individu menjadi lebih tertekan.

Bagaimanapun, jika anda melakukannya dengan cara yang betul, tekanan emosi yang dialami ini akan perlahan-lahan menghilang seiring peredaran masa.

Anda tidak perlu terlalu risau kerana semua perkara akan kembali normal atau menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]