Shafie bersama kami hadap Agong, kata Azis Jamman

KUALA LUMPUR: Baki 132 ahli Parlimen kebanyakannya dari Pakatan Harapan serta PPBM dan mereka yang selari dengan Azmin Ali akan hadir ke Istana Negara, hari ini untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

7.19 malam: Ketua Pemuda Warisan, Mohd Azis Jamman mendakwa Ahli Parlimen Semporna, Shafie Apdal ada menghadap Agong.

“Beliau bersama kami, beliau orang terakhir menghadap Agong,” katanya.

7.11 malam: Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa berkata, Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Aziz dalam perjalanan pulang dari luar negara.

6.57 petang: Seorang pegawai Istana Negara berkata, Ahli Parlimen Semporna, Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Aziz tidak menghadap Agong.

6.20 petang: Pakatan Harapan mengesahkan gabungan itu memilih Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri. Pada sidang media selepas menghadap Agong, Anwar berkata, PH membuat keputusan itu selepas Dr Mahathir Mohamad menolak pelawaan untuk memulihkan kerajaan pimpinan PH.

5:27 petang: Difahamkan semua ahli Parlimen sudah menghadap Agong.

4.23 petang: Ahli Parlimen DAP keluar dari Istana Negara selepas 3 jam berada di sana.

3.03 petang: Ahli Parlimen DAP dijangka mencadangkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri baru. Sin Chew Daily memetik ahli parti sebagai berkata semua ahli Parlimen DAP dipanggil sebelum ini untuk taklimat mengenai perkara itu.

2.58 petang: Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal baru berlepas dari negeri itu ke Kuala Lumpur, dipercayai untuk menghadap Agong di Istana Negara.

1.40 petang: Semua ahli Parlimen DAP, termasuk Lim Kit Siang menaiki bas memasuki Istana Negara.

1.15 petang: Datuk Pengelola Bijaya Diraja menyerahkan ikan patin masak tempoyak kepada pemberita yang bertugas di Istana Negara.

1.12 petang: Shamsul Iskandar berterima kasih kepada penyokong yang datang ke Istana Negara. Beliau menyatakan pendirian PKR kepada Agong.

1.10 petang: Ahli Parlimen Amanah Hatta Ramli berkata PH “akan kembali”.

1:09 petang: Ahli Parlimen PH keluar dari Istana Negara.

1.05 petang: Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefli Ahmad keluar dari Istana Negara.

1:04 petang: Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar berkata ada “ada berita gembira untuk Malaysia”.

12:58 petang: Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Yee Kew berkata, PKR menandatangani pengisytiharan terhadap Anwar Ibrahim sebagai PM ke-8.

12:55 petang: Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berkata semuanya “okey” selepas berjumpa Agong.

12:48 petang: Presiden PKR Anwar Ibrahim meninggalkan Istana Negara.

12:25 petang: Polis meminta penyokong Pakatan Harapan bersurai daripada kawasan yang disediakan untuk media.

12.22 petang: Ahli Parlimen Penampang Darrel Leiking tiba di Istana Negara.

11:57 pagi: Pemimpin Amanah, Sallehudin Ayub, Hanipa Maidin, Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad tiba di Istana Negara. Mujahid berkata, masih ada harapan dan beliau yakin “matahari akan terbit semula”.

11:46 pagi: Presiden Amanah Mohamad Sabu tiba di Istana Negara.

11:42 pagi: Pegawai istana menurunkan kerusi dan meja daripada lori untuk kegunaan pengamal media yang bertugas.

11.20 pagi: Penyokong PKR mempersendakan Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang dipecat daripada parti. Mereka menjerit “bye-bye Gombak, Ampang”.

11.19 pagi: Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir meninggalkan Istana Negara.

11.05 pagi: Ahli Parlimen Pagoh Muhyiddin Yassin tinggalkan Istana Negara.

10.40 pagi: Ahli Parlimen PKR tiba di Istana Negara menaiki bas “hop on hop off”. Mereka ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani, Ahli Parlimen Subang Wong Chen dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

11.14 pagi: Ahli Parlimen Alor Gajah Mohd Redzuan Md Yusof tiba di Istana Negara.

9.47 pagi: Ahli Parlimen Pagoh Muhyiddin Yassin menjadi pemimpin terawal yang hadir di Istana Negara.