Makanan berkhasiat dan berpatutan hanya di Agrain

Agrain sebuah restoran makanan sihat kini semakin popular di kalangan penduduk Lembah Klang.

Amalan cari hidup sihat melalui setiap pemakanan yang diambil kini mula mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Tidak dinafikan setiap individu mula sedar amalan ini wajar dipraktikkan memandangkan banyak restoran mula menawarkan makanan sihat dengan harga yang berpatutan.

Malah stigma kononnya makanan sihat tidak menyelerakan dan agak mahal disangkal sama sekali oleh Agrain iaitu satu restoran makanan yang menampilkan makanan sihat.

Sejak dibuka cawangan pertamanya di Menara Hap Seng pada Jun 2018, sehingga kini 4 lagi restoran dibuka di pelbagai lokasi di Lembah Klang.

Dengan cawangan ke-5 yang baru-baru ini dibuka di KL Sogo, Agrain mempunyai misinya yang tersendiri iaitu berusaha untuk mengubah cara pemakanan rakyat Malaysia, dengan makanan yang lebih sihat tanpa bahan-bahan yang diproses.

Terletak di tingkat 7 dalam pusat membeli-belah itu, cawangan ini ternyata menjadi tumpuan mereka yang bekerja di sekitar untuk makan tengahari.

Cawangan ke-5 yang baru dibuka di tingkat 7 KL Sogo sentiasa penuh dengan pelanggan setiap kali waktu makan tengahari.

Mampu memuatkan kira-kira 30 pelanggan pada satu masa, restoran ini berjaya mencipta kelainannya yang tersendiri.

Walaupun saiz restorannya agak kecil, namun pengcahayaan dan susun atur kedudukannya ternyata mampu beri keselesaan kepada setiap pelanggan yang makan disitu.

Agrain menggunakan konsep layan diri dan apa yang perlu dilakukan pelanggan perlu membuat pesanan mereka di kaunter terlebih dahulu sebelum mengambil makanan mereka sendiri.

Agrain memberi pilihan kepada pelanggan untuk membuat pilihan setiap hidangan yang dimahukan.

Tidak seperti beberapa restoran makanan sihat yang hanya menyajikan salad sejuk, sebaliknya di Agrain semuanya dihidangkan panas untuk memastikan keenakan makanan yang disajikan.

Proses penyediaan dilakukan sebaik sahaja makanan dipesan dengan memastikan kualitinya terjamin dengan menggunakan bahan-bahan organik.

Malah Agrain juga mesra Islam apabila bahan yang digunakan semua daripada pembekal halal.

Menariknya di restoran ini pelanggan boleh memilih saiz mengikut selera masing-masing, manakala bahan dalam makanan itu juga mempunyai pelbagai jenis.

3 saiz yang disediakan sama ada Petit, sederhana atau besar.

Dengan menampilkan pilihan yang banyak secara tidak langsung memberi pilihan kepada pelanggan untuk sentiasa menukar bahannya.

Terdiri daripada nasi perang hingga ke pasta aglio-olio gandum sehinggalah ke pelbagai jenis salad.

Setiap hidangan ditampil dalam 3 saiz iaitu petit, sederhana dan besar.

Antara yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan “Signature Chicken Breast” dan “Honey Soy Chicken Thigh”.

Manakala bagi mereka yang gemarkan ikan, boleh mencuba “savoury Herb-Baked White Fish” atau “flavourful Basil Lemon Tenderloin”.

Selain memlilih setiap menu yang anda mahukan, anda juga mempunyai pilihan pelbagai jenis sayur, tauhu atau telur dan diakhiri dengan biji bunga matahari atau “chia seed” sebagai topping.

Agrain juga menitik beratkan kehendak pelanggan yang tidak gemar produk berasaskan gluten atau tenusu dan pada masa sama “vegan-friendly”.

Sebagai restoran makanan sihat dan berkhasiat, bahan mentah yang digunakan semuanya dijamin mesra Muslim.

Malah bagi mereka yang sukakan kari, maka anda wajib mencuba ayam Kari Hijau lengkap dengan rasa pedas dan berlemak ternyata memberi kepuasan dalam setiap suapan.

Sekiranya anda bukan jenis suka makan nasi maka “Signature Pesto Pasta” wajar menjadi pilihan anda.

Dengan pasta, dada ayam, tomato ceri, cendawan shimeji dan brokoli hangat, membuatkan hidangan ini satu menu yang sihat dan lazat.

Boleh memuatkan 30 pelanggan pada satu masa, Agrain juga memilih konsep serba hijau untuk tampilkan kesegaran dalam restorannya.

Biji bunga matahari yang terkenal dengan khasiatnya sebagai penambah vitamin E mampu membuatkan hidangan anda lebih menyelerakan.

Bagi mereka yang sukakan kelainan, anda harus mencuba hidangan “The Ultraman”.

Dihidangkan dengan nasi ayam sos madu, cendawan shimeji dan serta telur ia akan disaluti dengan kuah telur masin yang mampu membuatkan anda terpukau dengan rasanya.

Manakala untuk mereka yang menitik beratkan pemakanan diet, anda boleh mencuba “Countryside Salad”.

Dengan adunan salad bayam ia juga dilengkapi dengan ikan segar dan tomato ceri serta brokoli.

Sebagai usaha menangani pelanggan yang datang serentak dan terpaksa beratur panjang, Agrain menggunakan aplikasi “Click and Collect” supaya makanan dapat dihidangkan sebaik sahaja anda tiba.

Pengasas Agrain, Jason Ooi, menyuarakan harapannya untuk melihat rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Apa yang perlu anda lakukan pergi ke laman Agrain.my dan isikan pesanan di situ dan terus bayar secara online.

Kemudian anda hanya perlu ke cawangan Agrain pilihan anda dan ambil terus makanan yang telah ditempah.

Dan jika anda tidak boleh meninggalkan rumah atau pejabat, jangan risau kerana Agrain boleh dihantar terus ke pintu anda dengan menggunakan perkhidmatan GrabFood atau FoodPanda.

Bercakap kepada FMT, pengasas Agrain, Jason Ooi, menyuarakan harapannya untuk melihat rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat.

“Melalui Agrain saya mahu menampilkan lebih banyak makanan yang berkhasiat kepada masyarakat Malaysia dan bukannya makanan yang diproses,” katanya.

Jadi jika anda mencari makanan yang sihat dan berpatutan, Agrain pastinya tempat yang wajib menjadi pilihan anda.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]