Media terus mendapat perhatian dengan pelbagai bantuan di depan Istana Negara

Pengelola Bijaya Diraja menyerahkan ikan patin masak tempoyak kepada wartawan yang bertugas di depan Istana Negara.

Kemelut penubuhan kerajaan baru masih lagi belum selesai dan hari ini merupakan hari ke-3 semua media terus “berkampung” di beberapa tempat tumpuan bagi mendapatkan perkembangan terkini proses peralihan ini.

Di Istana Negara yang menjadi tumpuan utama semua media, sekali lagi menerima sumbangan makanan daripada pihak Istana.

Kerusi dan meja serta khemah untuk media turut disediakan sambil menyiapkan tugasan mereka.

Jika semalam Yang Di Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sendiri menyampaikan makanan dan minuman, hari ini Pengelola Bijaya Diraja menyerahkan ikan patin masak tempoyak kepada wartawan yang bertugas.

Sebuah syarikat beri powerbank kepada media.

Bukan itu sahaja, malah media turut diberi kerusi dan meja serta khemah untuk mereka berteduh sambil menyiapkan tugasan mereka.

Selain itu, ada juga yang datang ke tempat media berkumpul dan memberi “powerbank”, payung, serta tuala kepada media.

Malah tidak kurang juga beberapa pembekal makanan yang turut bermurah hati memberikan pelbagai jenis makanan serta minuman kepada petugas media.

Lori milo turut kelihatan berada di luar pagar Istana Negara.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]