Buka selera anda di NAKED restoran

Pizza ham ayam dan pizza telur sempurna untuk sarapan dan makan malam.

Terletak di tengah-tengah pusat beli belah Hartamas, nama NAKED tidak lagi asing di kalangan mereka yang gemarkan makanan ringkas seperti pizza dan pasta disamping minuman sejuk.

Mungkin sesetengah orang akan berasa pelik dengan nama NAKED.

Bagi CEO dan pengasas NAKED, Malvindran Ganesh, idea di sebalik pengunaan nama NAKED iaitu “ketelusan” pelanggan bebas merasai sendiri apa yang mereka mahukan.

“Idea untuk memulakan restoran ini dimulakan oleh usahawan Marco Robinson, yang berasal dari UK. Sebenarnya tempat ini adalah salon 2 tingkat. Penyewa terdahulu berpindah dan sewa sangat murah. Jadi kita terus ambil alih tanpa berfikir panjang dan lakukan ubah suai yang sewajarnya,” katanya.

Pizza pepperoni dan kepak panas sentiasa menjadi pilihan pelanggan di NAKED.

Restoran & Bar NAKED mula beroperasi sejak 2014 dan Malvindran mengambil alih sepenuhnya selepas Marco pulang ke United Kingdom.

Dengan duduk secara santai sambil menikmati minuman dan makanan anda juga boleh “layan” live band setiap Jumaat.

Meskipun NAKED menawarkan pelbagai makanan namun apa yang menjadi tumpuan adalah menu penghantarannya.

Pizza Pepperoni klasik, penuh dengan semua bahan yang sepatutnya ada disebalik kerak yang ranggup dan limpahan keju ternyata membuatkan anda puas menikmatinya.

Kepak ayam dengan diliputi sos pedas hidangan kegemaran di NAKED.

Jika anda suka menu sarapan untuk makan malam, maka anda tidak harus mencuba pizza ham ayam dan telur.

Telur kuning yang memenuhi setiap inci pizza ini membuatkan anda tidak sabar untuk merasainya.

Dan bagi NAKED House Pizza, anda akan merasa penuh dengan kasih sayang kerana semua bahan yang diletak atas doh pizza ada disini dengan cebisan ayam panggang cajun bersama sos masam manis pedas.

Air ‘Virgin Apple Mojito’ mampu beri kesegaran maksima di saat cuaca panas landa negara.

Sebagai penambah rasa pizza ini turut dihiasi dengan jalapenos, bawang dan cendawan.

Satu lagi pizza iaitu Margherita mengambil inspirasi Neapolitan dibuat dengan tomato, keju mozzarella, daun basil, dan tambahan minyak zaitun.

Sekiranya anda menganjurkan parti atau makan-makan kepak ayam goreng wajib anda pesan.

Dengan kombinasi ‘passion fruit’, daun pudina dan jus limau, minuman ini sangat menyegarkan kerana rasa buahnya.

Di goreng hingga warna keemas-emasan, disebalik kulit ayam yang rangup dan isinya panas serta lembut disajikan pula dengan sos pedas mampu beri anda satu kelainan.

Selain minuman beralkohol, NAKED boleh buat semula minuman itu menjadikannya tanpa alkohol, dan anda perlu mencuba “Virgin Apple Mojito” sesuai untuk cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Sejuk dan menyegarkan, minuman ini mempunyai “aftertaste minty” dan akan meninggalkan anda dengan rasa sejuk yang menyenangkan tekak.

Nikmati minuman yang menyegarkan dan santai bersama kawan-kawan semestinya di NAKED.

Dengan kombinasi “passion fruit”, daun pudina dan jus limau, minuman ini sangat menyegarkan kerana rasa buahnya.

NAKED juga menitik beratkan kualiti makanannya dengan memastikan semua bahan mentah yang digunakan datangnya daripada pembekal halal.

Di satu sudut anda akan melihat sebuah motosikal penghantaran, dan ini sekaligus membuktikan NAKED sedia untuk dihantar ke pintu rumah anda bila-bila masa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]