Comel… Lelaki sarung kostum angkasawan elak dijangkiti Covid-19

Seorang lelaki memakai kostum angkasawan sebagai langkah berjaga-jaga. (Gambar Daily Mail)

Wabak Covid-19 yang kini menular hampir ke setiap pelosok dunia, menyebabkan orang ramai mengambil langkah lebih berjaga-jaga.

Kebanyakan mereka menunjukkan kebimbangan dengan membeli makanan, topeng muka, malah tisu tandas.

Malah mereka yang tidak mempunyai topeng muka melakukan pelbagai cara untuk dijadikan sebagai perlindungan.

Seperti seorang lelaki warga China dari wilayah Fujian yang bernama Li, dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai sut kostum angkasawan berharga RM72.

“Saya fikir kostum tu menarik dan ia boleh melindungi saya.

“Saya juga memakai topeng muka di bahagian dalam. Ia adalah perlindungan berganda,” katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

Menurut Li, ada yang menyifatkannya sebagai comel.

Malah, ada yang membuat jenaka untuk mengempiskan kostumnya.

“Mereka cuba berlawak untuk kempiskan kostum saya bila jumpa saya,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]