Dr M kembali galas pengerusi PPBM, kata laporan

Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad menerima kembali jawatan pengerusi PPBM hari ini, kata laporan.

Perkembangan itu disahkan Setiausaha Agung Marzuki Yahya kepada akhbar Harian Metro.

Mahathir melepaskan jawatan itu pada Isnin, hari yang sama beliau meletakkan jawatan perdana menteri.