LANGSUNG: Dr M terima calon PM pilihan parti

KUALA LUMPUR: FMT menyampaikan berita secara langsung di Istana Negara di tengah-tengah kekosongan politik di Putrajaya.

5:58 petang: Dr Mahathir Mohamad, yang kembali menggalas pengerusi PPBM hari ini, “OK” sekiranya parti pilih Presiden Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri.

5:50 petang: Sekumpulan orang menggelar diri mereka “Gerakan Tuntut Malaysia” menunjuk perasan menggesa rakyat akur akan keputusan Majlis Raja-raja Melayu yang akan bersidang esok. Ketuanya, Azlan Abu Bakar berkata rakyat mahukan pilihan raya.

12:40 tengah hari: Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa nafi laporan mengatakan ahli Parlimen Umno tandatangan akuan berkanun menamakan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

12.00 tengah hari: Dr Mahathir Mohamad meninggalkan istana selepas sejam menghadap Agong.

11.15 pagi: Terdapat percanggahan berhubung siapa yang mempunyai majoriti, di mana penyokong Anwar Ibrahim berkata pemimpin PKR itu akan mengangkat sumpah sebagai PM. Pemimpin tertinggi Pakatan Harapan akan mengadakan pertemuan pada jam 1 petang hari ini.

11.10 pagi: Dr Mahathir mungkin tidak mengangkat sumpah kerana beliau tidak memakai Baju Melayu, yang merupakan protokol istana yang diperlukan semasa istiadat itu.

11.00 pagi: Dr Mahathir Mohamad, yang memakai sut dan songkok, memasuki istana bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan mengangkat sumpah dalam tuntutan siapa yang mempunyai sokongan majoriti untuk mengetuai kerajaan baru.