Umno nafi laporan ahli Parlimen tandatangan SD sokong Muhyiddin jadi PM

Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyatakan ahli Parlimen PAS dan Umno menandatangani akuan berkanun menamakan Presiden PPBM, Muhyiddin Mohd Yassin sebagai perdana menteri.

Menepis laporan itu sebagai tidak benar, Annuar mengingatkan sebarang kenyataan berhubung pendirian Umno “hanya akan dikeluarkan secara rasmi” menerusinya atau Presiden Ahmad Zahid Hamidi.

“Umno dan PAS tetap dengan pendirian memohon perkenan Agong supaya Parlimen dibubarkan, agar rakyat dapat membuat penyelesian muktamad kepada masalah yang sedang dihadapi pada masa ini,” katanya.