Wow… Pengantin perempuan siap bersari bawa motosikal berkuasa besar ke majlis perkahwinannya

Sekumpulan motor berkuasa besar dipercayai rombongan pengantin perempuan konvoi ke masjlis perkahwinannya sendiri. (Gambar Facebook)

Kebiasaannya setiap wanita mempunyai impian apa yang hendak dilakukan pada hari perkahwinan mereka.

Dan sudah pasti impian itu sudah ada sejak kecil, bermula dengan angan-angan dan diikuti dengan harapan ia menjadi kenyataan apabila tiba masanya nanti.

Malah kebiasaannya kebanyakan perempuan suka perkahwinan bertemakan “fairy tale” sebab hendak jadi “Princess of The Day” dan tidak dinafikan ada juga yang lebih minat kepada klasik dan tradisional.

Tapi apa yang berlaku di Singapura sememangnya lain daripada yang lain apabila seorang pengantin perempuan dilihat menunggang motosikal berkuasa besar mengiringi rombongan perkahwinan.

Video yang dimuat naik di laman sosial Facebook baru-baru ini mendapat perhatian netizen.

Only in Singapore.Wedding.. first bike is the BRIDE…ponnu

Posted by Venga Das on Sunday, February 23, 2020

Selalunya bila ada konvoi waktu perkahwinan ia pasti akan melibatkan geng-geng pengantin lelaki namun kali ini ia melibatkan pengantin perempuan.

Video viral di Facebook menunjukkan pengantin itu menyertai konvoi motosikal ke majlis perkahwinannya sendiri.

Lebih menarik lagi, pengantin itu tunggang sendiri motosikal Kawasaki dan mengetuai konvoi tersebut dengan memakai sari berwarna pink!

20 motosikal lain mengekori di belakang, 5 daripadanya ‘bridesmaids’ pengantin juga menunggang motor sendiri. (Gambar Facebook)

Video yang dimuat naik pada 23 Februari baru-baru ini dan mendapat lebih 5,500 perkongsian di Facebook.

Melalui video itu, pengantin perempuan dilihat lengkap berpakaian dan memakai perhiasan pengantin.

Lebih daripada 20 buah motosikal lain mengekorinya di belakang dan lebih menyeronokkan, 5 orang “bridesmaids” pengantin juga menunggang motor sendiri kecuali seorang bridesmaid, jadi pembonceng.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]