Gara-gara penularan Covid-19 di Korea Selatan, Blackpink tunda lancar lagu baru
Sepatutnya Blackpink dijadual melancarkan single terbaru pertengahan Mac 2020 namun ditunda kerana Covid-19.
Penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara Korea Selatan turut memberi kesan kepada industri hiburannya.
Antara kumpulan yang terkesan termasuklah Blackpink hingga mereka terpaksa menunda pelancaran lagu baharunya yang dijadualkan pada Mac ini.
Pada Februari 2019, CEO YG Entertainment Yang Hyun Suk berjanji untuk melancarkan album pada pertengahan Mac 2020.
Bagaimanapun, difahamkan penundaan itu disebabkan saranan pelabur akibat penularan wabak koronavirus.
Sejak 26 Februari kes Covid-19 yang menjangkiti penduduk Korea selatan meningkat setiap hari.
Sebelum ini, konsert dua selebriti Korea yang dijadualkan pada Mac dan April sudah disahkan batal.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]