Habitat terganggu punca beruang kutub memakan satu sama lain meningkat
Perubahan cuaca luar biasa di Pulau Spitsbergen di barat kepulauan Svalbard, Norway, banyak menjejaskan habitat beruang itu apabila tiada salji akibat pemanasan gobal.
Ekoran ais di kawasan Artik semakin mencair ditambah pula dengan aktiviti manusia hingga memusnahkan habitat asalnya menyebabkan beruang kutub kini membunuh dan makan sesama mereka.
Saintis dan pakar beruang kutub, Ilya Mordvintsev, berkata masalah itu sudah lama berlaku, namun ia semakin meningkat ketika ini.
“Fakta itu mungkin diketahui umum tetapi kita bimbang kerana dulu ia agak jarang, namun sekarang ia dilaporkan semakin kerap.
“Bagi sesetengah musim berlaku kekurangan makanan, membuatkan haiwan jantan menyerang betina lalu memakannya.
“Peningkatan kes juga disebabkan ramai orang bekerja di kutub Artik tidak hanya kumpulan saintis tetapi juga pekerja syarikat minyak dan anggota pertahanan,” katanya yang juga penyelidik kanan di Severtsov Institute of Problems of Ecology and Evolution di Moscow kepada agensi berita Interfax.
Mordvintsev berkata, pada musim sejuk kawasan dari Teluk Ob ke Laut Barents, di mana kawasan beruang kutub berburu, kini sibuk dengan kapal membawa muatan minyak dan gas (LNG).
Seorang lagi, saintis, Vladimir Sokolov, berkata tahun ini perubahan cuaca luar biasa di Pulau Spitsbergen di barat di kepulauan Svalbard, Norway, banyak menjejaskan beruang itu apabila tiada salji akibat pemanasan gobal.
Sepanjang suku terakhir abad ini, tahap ais di Artik pada hujung musim panas jatuh kira-kira 40%, kata Sokolov.
Beliau meramalkan beruang kutub akhirnya tidak lagi memburu di kawasan ais dan terkurung di kawasan pantai dan kepulauan latitud tinggi, dan berpuluh-puluh beruang memasuki kawasan kediaman penduduk di kawasan Artik dan menyelongkar sampah mencari untuk makanan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]