LANGSUNG: Agong umum Muhyiddin dapat sokongan majoriti

KUALA LUMPUR: Kemelut politik Malaysia memasuki hari ke-7 hari ini dalam usaha mencari blok politik yang mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat berterusan.

Menyertai Muhyiddin ialah pemimpin PAS Abdul Hadi Awang, Ahmad Zahid Hamidi mewakili Umno dan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Semalam Muhyiddin Yassin dilihat bakal mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru berikutan sokongan kepada presiden PPBM itu daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Pagi ini, Dr Mahathir Mohamad yang keluar daripada Pakatan Harapan (PH) sebelum ini berpusing arah. Berikutan pertemuan dengan pemimpin bekas gabungan kerajaan itu, beliau menyatakan kesediaan untuk memimpin gabungan baru dengan PH.

Siapakah pilihan Yang di-Pertuan Agong kali ini? Ikuti laman ini dengan laporan langsung kami dari Istana Negara.

4.30 petang: Agong mengumumkan Muhyiddin Yassin mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen, menamatkan kebuntuan politik yang menyebabkan negara tanpa kerajaan yang berfungsi selama seminggu.

4:08 petang: Presiden PKR, Anwar Ibrahim menghantar berkotak Dunkin Donut kepada pengamal media di luar Istana Negara selepas 2 pengawalnya menolak wartawan sehingga ada yang terjatuh.

1:45 petang: Anwar diiringi setiausaha politik beliau Farhash Wafa Salvador Rizak Mubarak meninggalkan Istana Negara.

Ketika tiba kemudiannya di Hotel Eastin di Petalin Jaya, Anwar menjawab “Alhamdulillah” ketika ditanya mengenai pertemuan beliau dengan Yang-Pertuan Agong sebelum itu.

Anak panah berwarna kuning menunjukkan 1 daripada 2 pengiring Anwar yang cuba menolak wakil media di luar Istana Negara.

1:40 petang: Selepas 10 minit Anwar yang ditemani Fahmi Fadzil kelihatan keluar meninggalkan istana.

Beliau enggan memberi sebarang komen, sebaliknya hanya melambai tangan kepada wakil media.

Keadaan kecoh seketika apabila pengiring Anwar menolak wakil media yang cuba mendekati kenderaan yang dinaiki pemimpin itu sehingga ada yang terjatuh.

Dua pengawal Anwar bertindak keluar kenderaan dan berlari mengejar wakil media sebelum menolak mereka.

1:30 petang: Presiden PKR Anwar Ibrahim dilihat memasuki Istana Negara. Hadir sama ialah pengarah komunikasi parti itu Fahmi Fadzil. Beliau dijangka memaklumkan kepada Agong bahawa PH memutuskan untuk menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

1:25 petang: Presiden PKR Anwar Ibrahim meninggalkan Hotel Eastin di Petaling Jaya menuju ke Istana Negara.

12:05 tengah hari: Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu meninggalkan Istana Negara selepas menghadap Agong. Turut kelihatan ialah Dzulkefly Ahmad.

Ketika diminta memberi komen, Mohamad dan Guan Eng enggan memberi ulasan.

“Terima kasih”, kata presiden Amanah itu.

Dalam pada itu Dzulkefly berkata, mereka telah menyerahkan “sesuatu” kepada Agong.

“Kita sudah serahkan, doakan,” katanya, dipercayai merujuk kepada borang yang ditandatangani oleh pimpinan PH sebelum memasuki pekarangan istana pagi ini.

11:55 pagi: Satu kumpulan penunggang motosikal cuba menghalang pintu masuk ke Istana Negara sebelum mereka diarah menjauhkan diri dari situ oleh polis.

11:50 pagi: Pemimpin kanan komponen Pakatan Harapan tiba di Istana Negara.

Antara pemimpin yang dilihat ialah setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, naib presiden Amanah Mujahid Yusof, Dzulkefly Ahmad dan Dr Hatta Ramli.

Turut hadir persiden Amanah Mohamad Sabu yang masuk semula ke istana selepas dilihat keluar kira-kira11:30 pagi tadi.

11:30 pagi: Presiden Amanah Mohamad Sabu meninggalkan istana selepas menghadap Agong. Beliau enggan memberi komen apabila disoal, sebaliknya hanya berkata, “Terima kasih”.

10.40 pagi: Setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan memberitahu media bahawa blok itu akan kembali ke istana esok untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

10:30 pagi: Muhyiddin Yassin dan rombongan meninggalkan Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.

10:00 pagi: Blok politik Blok politik yang menyokong Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara dengan mendakwa ia mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan. Mengiringi Muhyiddin ialah pemimpin PAS Abdul Hadi Awang, Ahmad Zahid Hamidi mewakili Umno, bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan pemimpin GPS Fadilah Yusof..