Menyayat hati… Jururawat cium anak menerusi pintu kaca selepas berjauhan 26 hari

Anak Chen dilihat sangat gembira dapat melihat wajah ibunya yang terpisah sejak 26 hari lalu.

Gara-gara penularan wabak Covid-19 tanpa sebarang tanda ia akan berakhir menimbulkan keresahan masyarakat seluruh dunia.

Ada yang terpaksa berpisah dengan keluarga tercinta, kehilangan orang yang disayangi sepanjang mereka terpaksa dikuarantin membuatkan keadaan menjadi bertambah pilu.

Menurut laporan Mirrok.co.uk baru-baru ini seorang jururawat yang tidak bertemu dengan anaknya hampir sebulan gembira apabila dapat menatap semula wajah anak kesayangannya.

Malah bagi melepaskan kerinduan, Chen Ruixue bertugas di sebuah hospital di Xinyang, China dilihat mencium anaknya itu melalui pintu kaca kerana bimbang dijangkiti Covid-19.

Kedua-dua dilihat penuh emosi apabila cuba bersentuhan tetapi ia berlaku di sebalik pintu kaca.

Wanita itu berjauhan dengan keluarganya selama 26 hari dan kembali ke rumah mereka pada 24 Februari lalu untuk mengambil pakaiannya.

Bagaimanapun pertemuan dengan anak lelakinya berlaku dalam keadaan yang sangat menyentuh emosi.

Dia dirakam mencium anak lelakinya berusia setahun menerusi pintu kaca.

Chen hanya mampu memberi ciuman buat anak lelakinya yang berusia setahun menerusi pintu kaca.

Chen antara ribuan jururawat yang bertugas untuk memerangi wabak berbahaya itu.

Lebih 14,000 jururawat dikerahkan ke sekitar Wuhan untuk merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]