Sekuel Train To Busan akan ditayangkan selepas 4 tahun

Poster terbaru memaparkan sekuel Train To Busan bakal ditayangkan tahun ini.

Siapa yang tidak kenal dengan nama filem “Train to Busan”.

Sudah tentu semua akan ingat adegan penuh debaran dan emosi dalam filem tersebut.

Pada akhir cerita filem tersebut seorang wanita mengandung dan kanak-kanak perempuan dilihat terselamat.

Baru-baru ini diumumkan filem sekuel Train to Busan akan menemui anda pada tahun ini.

Difahamkan, filem sekuel ini yang dikenali sebagai Peninsula akan membawakan anda memaparkan keadaan survivor, 4 tahun selepas kejadian tersebut.

Filem ini dibintangi oleh Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Kim Min Jae, Kwon Hae Hyo, Go Kyo Hwan, Kim Do Yoon, Lee Re, dan Lee Ye Won.

Peninsula ini pasti membuat anda teruja dan mendapat bayangan suasana dan adegan dalam filem ini.

Ini kerana dalam poster filem itu memaparkan hampir separuh daripada rakyat disana dijangkiti satu virus dan bertukar menjadi zombi berkeliaran di merata tempat.

Akan tetapi, tarikh rasmi tayangan filem sekuel Train to Busan ini masih belum diketahui.

Diharap tayangan filem ini tidak akan dipengaruhi dengan wabak Coronavirus.

Sebelum ini, beberapa filem dari China terpaksa ditangguhkan tayangannya kerana wabak Coronavirus.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]