Kesiannya… Anjing disahkan haiwan pertama dijangkiti Covid-19

Gambar Rawpixel.

Betul ke macam susah hendak percaya tapi itulah hakikat yang perlu diterima apabila seekor anjing baka Pomeranian disahkan dijangkiti Covid-19.

Menurut laporan Metro.co.uk, anjing tersebut mendapat jangkitan virus itu daripada pemiliknya yang menetap di Hong Kong.

Pemiliknya, Yvonne Chow Hau Yee membawa anjing peliharaannya ke klinik haiwan di kawasan Happy Valley di bandar itu, sebelum ujian daripada sampel yang diambil daripada mulut dan hidungnya mengesahkan ia dijangkiti wabak berkenaan.

Seperti manusia, anjing itu diletakkan dalam tempoh kuarantin selama 14 hari.

Pegawai di Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan mengarahkan supaya anjing itu diletakkan di kemudahan kuarantin di Hong Kong yang mana keadaannya akan dipantau dan ia akan terus diuji.

Dipercayai ini adalah kes pertama seumpamanya di mana seekor haiwan peliharaan dijangkiti penyakit yang kini sudah mengorbankan ribuan nyawa di China itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]