Muzium Louvre ditutup kepada pengunjung bimbang sebar Covid-19

Muzium Louvre sering menerima pengunjung daripada pelbagai negara dan ia sekaligus mencetuskan kebimbangan.

Gara-gara penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan, beberapa tempat mula ditutup kepada umum bagi mengelakkan penularan wabak itu menjadi lebih serius.

Tempat tersebut termasuklah muzium The Louvre di Paris yang terpaksa ditutup kerana kebimbangan kakitangannya dengan penularan Covid-19.

Pelancong daripada pelbagai negara berkunjung ke lokasi terkenal itu untuk melihat gambar lukisan pelukis tersohor dunia Leonardo da Vinci iaitu Mona Lisa.

Seorang kakitangan Louvre dan wakil kesatuan, Andre Sacristin berkata:”Kami bimbang kerana muzium ini dikunjungi pelancong daripada pelbagai negara.”

“Ia amat berisiko,” katanya memetik laporan Metro.co.uk.

Bagaimanapun sehingga kini dilaporkan tiada kakitangan muzium terbabit dijangkiti wabak itu.

Setakat ini, kira-kira 100 kes Covid-19 dilaporkan di Perancis dengan dua daripadanya maut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]