Orang kenamaan disyaki Covid-19, kementerian sedang siasat

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengulas maklumat tular mengenai 2 orang kenamaan disyaki dijangkiti Covid-19, mengatakan perkara itu sedang disiasat dan diambil tindakan.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menularkan berita-berita mengenai kes jangkitan Covid 19-19 yang tidak disahkan oleh kementerian bagi mengelakkan situasi panik dan salah faham dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kementerian, maklumat tersebut dikaitkan dengan kes ke-26 Covid-19, yang sedang dirawat dan dipantau di wad pengasingan Hospital Sungai Buloh “dan dalam keadaan stabil”.

“Lima kontak rapat keluarga, seorang pembantu khas kepada kes ke-26 dan seorang kakitangan kesihatan swasta juga disahkan negatif COVID-19. Siasatan dan pengesanan kontak rapat masih terus dijalankan,” katanya.