Zahid mahu bersih nama di mahkamah

PETALING JAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mahu membersihkan namanya di mahkamah, selepas penangguhan perbicaraan rasuahnya hari ini menjadi perbualan di media sosial.

Zahid berkata perbicaraannya ditangguhkan untuk hari ini sahaja, dan akan bersambung semula seperti biasa esok.

“Kes ini tidak digugurkan sama sekali seperti kes-kes Iain sebelum ini.

“Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih,” katanya.

Perbicaraan ahli Parlimen Bagan Datuk itu, yang berdepan 87 pertuduhan melibatkan pecah amanah, pengubahan wang, dan menerima rasuah, ditangguhkan kerana beliau perlu membincangkan pelantikan menteri Kabinet dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau berdepan pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi dan menerima rasuan untuk pelbagai projek sesama menjadi menteri dalam negeri.