Arab Saudi catat kes pertama Covid-19

Pekerja membersihkan kawasan Masjidil Haram di Mekah. (Gambar AP)

RIYADH: Arab Saudi mengesahkan kes pertama Covid-19 pada Isnin selepas seorang warganegaranya kembali dari Iran yang diuji positif virus itu.

Kementerian Kesihatan berkata lelaki itu diuji selepas memasuki negara itu melalui Bahrain dan kini “diasingkan di hospital”.

Arab Saudi adalah negara Arab terakhir di Teluk yang melaporkan kes yang disahkan Covid-19.

Negara Teluk lain iaitu Jordan dan Tunisia mengesahkan kes pertamanya pada Isnin.

Minggu lalu, Riyadh melarang rakyat dari negara Teluk lain berkunjung ke Mekah dan Madinah. Ia juga menggantung visa untuk ibadah umrah.

Langkah yang belum pernah dibuat sebelum ini menyebabkan beribu-ribu jemaah terkandas, menimbulkan ketidakpastian berhubung ibadah haji yang dijadualkan pada akhir Julai.

Isnin lalu, Iran berkata jumlah kematian di negaranya meningkat kepada 66 – tertinggi di luar China – dengan 1,501 kes yang disahkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada Isnin menghantar pesawat bantuan pertamanya ke Iran melalui pesawat tentera Emirati.