Berani… Tentera AS teguk darah ular tedung ketika sesi latihan

Tentera AS dilihat membuka mulut untuk merasai sendiri darah ular tedung.

Baru-baru ini berlangsung latihan ketenteraan multinasional terbesar “Golden Cobra” di Rantau Asia Pasifik yang bermula di Thailand.

Menurut berita di agensi berita Jepun Kyodo, latihan itu dihadiri oleh 9,600 kakitangan dari 29 negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), Thailand, Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan Jepun.

Namun apa yang dipamerkan tentera AS sangat mengagumkan kerana bertindak sangat luar biasa.

Tindakan ekstrem tentera AS sangat luar biasa.

Ini kerana menerusi foto yang dikongsi, mereka kelihatan sedang meneguk darah ular tedung.

Malah, haiwan berbisa seperti tarantula dan kala jengking turut menjadi santapan mereka sewaktu sesi latihan itu.

Bukan sekadar makan, mereka turut diajar cara untuk membuang bisa haiwan berkenaan menurut Daily Mail.

Sesi latihan itu disertai 4,500 tentera AS.

Bukan sekadar makan, mereka turut diajar cara untuk membuang bisa ular.

Ia merangkumi tiga komponen latihan termasuklah latihan padang, bantuan kemanusiaan dan kawalan bencana.

Bagaimanapun menurut kakitangan Am Thailand, Jeneral Pornpipat Benyasri, memandangkan penularan Covid-19 mereak perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Ia termasuklah semua kakitangan akan menjalani pemeriksaan kesihatan wajib 2 kali sehari semasa latihan dan akan diuji sebelum pulang ke negara mereka.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]