Kucing berwarna oren jadi tumpuan di Jordan, kelihatan macam singa

Nukman seakan tidak percaya ketika ternampak kucing oren ini dan ia sangat comel. (Gambar Twitter)

Kucing memang salah satu haiwan yang sentiasa menjadi kesukaan semua orang.

Tidak kiralah jenis yang berbulu kembang atau hanya kucing jalanan ia tetap comel.

Malah perangai kucing yang sukar dijangka, kecomelan kucing juga menjadi sebab kenapa orang suka dengannya.

Namun pernahkah anda lihat tengok kucing warna oren?

Baru-baru ini viral mengenai seekor kucing di laman sosial Twitter disebabkan warna bulunya.

Seperti yang di tweet oleh @nknukman ternyata kucing berwarna oren ini sangat comel dan berbeza dengan kucing yang lain.

Jika sesiapa yang tidak pernah tengok pasti akan terkejut dengan melihat kucing ini seolah-olah memakai rambut palsu atau kucing tersebut pakai baju berbulu.

Bagaimanapun rupa dan warna bulu kucing itu memang asli, sangat unik dan comel!

Difahamkan kucing itu ditemui di Wadi Rum oleh Nukman ketika berkunjung ke sana.

Rupanya saling tak tumpah sama macam “cats from Mars”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]