Prihatin dengan rintihan rakan, jutawan tetapkan gaji minimum hampir RM300,000 setahun

Dan Price (kanan) bermurah hati menetapkan gaji agak lumayan kepada 120 kakitangannya kerana simpati dengan nasib susah mereka. (Gambar BBC)

Seorang jutawan, Dan Price, 31, menetapkan gaji minimum RM294,945 setahun kepada 120 kakitangannya selepas mendengar rintihan rakannya yang berdepan kesusahan hidup.

Menurut laporan BBC mengambil pengalaman itu, Price membuka syarikat pembayaran kad di Seattle yang dinamakan Gravity Payments dan kini bergelar jutawan.

Price mengambil idea daripada pengalaman rakannya, Valerie yang menceritakan hidupnya kacau bilau selepas tuan rumah menaikkan sewa bulanan sehingga RM842 sebulan dan berusaha membayar bilnya.

Pengalaman Valerie menyebabkan Price marah berikutan wanita itu pernah berkhidmat selama 11 tahun dalam tentera termasuk ke Iraq, bekerja 50 jam seminggu dan melakukan 2 pekerjaan untuk memenuhi keperluan hidup.

“Dia adalah orang yang bagus dalam perkhidmatan, jujur dan bekerja keras, tetapi perlu menjalani kehidupan susah,” katanya.

Walaupun wanita itu mempunyai jumlah pendapatan RM168,540 setahun tetapi dia tidak mampu membeli rumah menyebabkan Price marah dengan keadaan itu.

Price menjadi jutawan dan membuka syarikat sendiri sejak remaja dan kini mempunyai 2,000 pelanggan serta aset jutaan ringgit.

Walaupun pendapatannya AS$1.1 juta setahun, Valerie mengingatkannya ramai kakitangannya bergelut dengan kehidupan yang sukar menyebabkan Price menetapkan gaji minimum RM294,945.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]