Sebak… Bunga menitis airmata, lagu ‘Tak Mungkin Bersama’ nyanyian Judika beri kesan mendalam

Bunga Citra Lestari dilihat cuba menahan sebak.

Pemergian Ashraf Sinclair dan kehilangan besar buat Bunga Citra Lestari masih lagi terasa sehingga ke saat ini.

Seperti semua sedia maklum, Bunga merupakan juri tetap untuk Indonesian Idol malah kematian Ashraf juga berlaku selepas Bunga pulang daripada menjadi juri.

Semalam, Bunga telah kembali ke dalam rancangan Indonesian Idol sebagai juri selepas tugasnya sebelum ini diambil alih sementara oleh Rossa.

Namun, apa yang membuatkan suasana di pertandingan nyanyian ini berubah menjadi duka apabila penyanyi terkenal Indonesia, Judika menyanyikan lagu barunya yang dibuat khas untuk Bunga bertajuk, “Tak Mungkin Bersama”.

Bunga terus menangis teresak-esak apabila Judika juga menangis sambil menyanyi.

Dalam rakaman yang disiarkan menunjukkan Bunga sukan menahan air matanya kerana begitu terkesan ketika menghayati lirik lagu berkenaan.

Malah ia turut mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Ari Lasso cuba menenangkan Bunga sebaik melihat bunga terus menangis.

Memahami situasi yang dihadapi Bunga, penyanyi Ari Lasso yang turut sama berada di kerusi juri program Indonesian Idol segera menenangkannya.

Malah Judika sendiri kedengaran sebak ketika menyanyikan lagu itu tatkala melihat Bunga cuba ditenangkan namun berjaya mengawal emosinya dan meneruskan nyanyian.

Judika menyanyikan single pertamanya yang dibuat khas untuk Bunga dan Ashraf Sinclair.

Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu di Jakarta.

Allahyarham dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat dan meninggalkan seorang anak, Noah Sinclair.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]