Twitter galak lebih 4,000 kakitangan bekerja dari rumah kerana koronavirus

PETALING JAYA: Twitter amat mengalakkan lebih 4,800 kakitangannya di serata dunia bekerja dari rumah, jika mampu, kerana wabak koronavirus, menurut satu laporan semalam.

Menurut laman Vox, Twitter beroperasi dengan waspada bagi menjaga kesihatan kakitangannya.

“Matlamat kami mengurangkan kebarangkalian penyebaran Covid-19 untuk kami dan dunia sekeliling kita,” kata laporan itu.

Twitter juga mengarahkan kakitangannya di Hong Kong, Korea Selatan, dan Jepun bekerja dari rumah kerana sekatan kerajaan.

Pejabatnya di Amerika Syarikat bagaimanapun masih dibuka untuk kakitangan yang mahu bekerja di pejabat.

“Walaupun ini perubahan yang besar bagi kami, kami sedang bergerak ke arah tenaga kerja yang lebih teragih yang semakin terpencil,” katanya.