Wow… Uber bakal terbangkan 1,000 helikopter di ruang udara Melbourne tahun ini

Uber bercadang menggunakan helipad elektrik untuk pendaratan dan penerbangan helikopter. (Gambar The Urban Developer)

Kemudahan e-hailing biasanya melibatkan kereta dan motosikal namun apa yang bakal ditampilkan sebuah syarikat yang terkenal dengan perkhidmatan ini sangat berbeza.

Uber bakal memperkenalkan perkhidmatan helikopter bermula tahun ini.

Menurut The Urban Developer, beberapa ujian penerbangan telah dilakukan sebelum ini iaitu di Melbourne, dan Dallas yang kedua-duanya terletak di Australia.

Menurut laporan yang dihasilkan menerusi ujian tersebut, helikopter akan terbang pada ketinggian 457m dengan kelajuan 241 hingga 321km sejam.

Menurut Uber, tahap kebisingan helikopter tersebut adalah 67 desibel ketika helikopter mencapai ketinggian 75m.

Tahap kebisingan ini boleh disamakan dengan bunyi penyedut habuk (vacuum cleaner).

Berdasarkan penerbangan sebelum ini, Uber memerlukan 1,000 helikopter dan 83 tempat pendaratan atau helipad supaya perniagaan ini mendatangkan keuntungan.

Ahli Parlimen Victoria, Robin Scott, memuji rancangan tersebut untuk dijadikan sebahagian daripada sistem pengangkutan di Melbourne.

“Melbourne merupakan tempat yang sesuai untuk perkhidmatan pengangkutan udara.

“Terdapat banyak syarikat dan pejabat bertaraf global di bandar ini yang beroperasi 24 jam dan Australia semestinya sebuah negara yang selangkah ke hadapan,” ujar Scott.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]