‘Ikan duyung‘ dikesan di Antartika, lelaki sedia kongsi koordinat Google Earth

Bentuk seakan ikan duyung dikesan menerusi Google Earth.

Kewujudan ikan duyung secara realiti sentiasa menjadi tanda tanya.

Malah misteri kewujudannya sehingga kini masih belum terungkai kerana tiada penemuan.

Bagaimanapun baru-baru ini, seorang pengguna Google Earth mendakwa dia melihat kelibat makhluk itu di Antartika.

Menurut Florida Maquis, sangat mustahil jika kelibat yang dilihatnya merupakan formasi geologi semulajadi di kawasan itu.

“Saya jumpa banyak benda di Antartika dan mereka kelihatan seperti makhluk dalam air.

Lelaki yang berjaya mengesan kewujudannya sedia berkongsi koordinat penemuan itu.

“Bentuk melengkung cantik dan boleh lihat ekornya.

“Ianya sangat pelik… saya boleh bagi koordinat dan kamu cari sendiri lokasinya,” ujar lelaki itu memetik laporan Daily Star.

Video kelibat itu turut dikongsi di Youtube dan menerima lebih 6,000 tontonan sejak dimuat naik Ahad lalu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]