Tamak… Kilang di Thailand kantoi seterika supaya nampak baru dan jual topeng muka terpakai!

Polis menemui 6 pekerja sedang menyusun topeng muka yang digunakan dan seterika sebelum melipatnya dan letak ke dalam kotak untuk kelihatan seperti yang baru. (Gambar The Nation Thailand)

Tergamak mengejar untung semata-mata tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi orang lain.

Itulah dilakukan sebuah kilang kitar semula di Saraburi, Thailand apabila menjual semula topeng muka yang sudah dipakai dan dijual seperti baru!

Menurut pihak polis yang melakukan serbuan ke bangunan kilang itu mendapati beberapa pekerja dilihat sedang seterika topeng muka yang sudah dipakai sebelum melipatnya ke dalam kotak untuk nampak seperti baru dan tak pernah digunakan.

Memetik laporan Straits Times, polis turut menahan 6 pekerja sedang mengasingkan topeng muka yang mereka dapat daripada pemborong yang tidak dikenali.

Menurut pekerja itu, mereka dibayar 10 sen untuk satu topeng dan setiap seorang kitar semula lebih kurang 300-400 topeng setiap hari.

Dalam pada itu, pihak polis turut menghubungi Pejabat Kesihatan Awan Wihandaeng mengarahkan mereka untuk membuat dakwaan ke atas kilang tersebut.

Jijik melihat pekerja ini sanggup seterika semula topeng muka terpakai dengan bayaran 10 sen sehelai. (Gambar The Nation Thailand)

Ini kerana operasi tersebut boleh menjejaskan kesihatan orang yang membeli topeng muka dan komuniti yang tinggal berdekatan dengan kilang tersebut.

Difahamkan kejadian seumpama ini berlaku selepas negara tersebut mengalami kekurangan topeng muka ekoran penularan Covid-19.

Setakat ini, Thailand mempunyai 43 kes positif penyakit ini dan kebanyakan daripada mereka pelancong dari China.

Untuk pengetahuan umum, pakai topeng muka tidak boleh menghalang daripada dijangkiti virus Covid-19 sebab ia memerangkap semua jenis udara yang cuba dielak.

Lebih membimbangkan anda sendiri tidak tahu topeng muka yang diletak dekat dengan hidung dan mulut dibuat daripada mana.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]