Angkat sumpah KM Melaka ditunda Isnin

Isnin lalu, Khalil Yaakob dilaporkan mendapat representasi Ketua Menteri, Adly Zahari tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Adun Melaka. (Gambar Bernama)

MELAKA: Yang Dipertua Melaka, Mohd Khalil Yaakob menangguhkan istiadat angkat sumpah ketua menteri ke-12 ke Isnin depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Hasim Hasan berkata, istiadat yang dijadualkan esok itu akan diadakan pada 3.30 petang 9 Mac di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri di Ayer Keroh.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan hari ini.

Isnin lalu, Khalil dilaporkan mendapat representasi Ketua Menteri, Adly Zahari tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Adun Melaka.

Sehubungan itu, Khalil akan melantik seorang Adun sebagai ketua menteri baru dalam masa terdekat.