Australia halang pelancong Korea Selatan dalam usaha kawal koronavirus

Perdana Menteri Scott Morrison (Gambar Reuters)

SYDNEY: Australia akan menghalang ketibaan pelancong dari Korea Selatan dan mengendalikan pemeriksaan dipertingkat terhadap pelancong dari Itali bagi mengawal penyebaran koronavirus, kata Perdana Menteri Scott Morrison hari ini.

Morrison berkata Australia juga akan melanjutkan halangan perjalanan ke atas warga asing yang tiba dari tanah besar China dan Iran.

“Ia memberikan perlindungan terbaik dan membolehkan kita memperlahankan kadar jangkitan,” katanya kepada pemberita di Canberra.