Covid-19: Taiwan bidas China berkait larangan perjalanan Sarawak

Sarawak berkata ia mahu memastikan negeri itu bebas Covid-19. (Gambar fail)

TAIPEI: Menteri luar Taiwan berkata, China memaksa Sarawak memperkenalkan semula larangan perjalanan ke atas pelawat dari pulau itu sebagai sebahagian langkah kawalan koronavirus, selain mendakwa Beijing “gembira” dengan langkah itu.

Taiewan berkata, langkah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memasukkan pulau itu ke dalam wilayah jangkitan Covid-19 negara China memberi gambaran salah seolah-olah keadaan jangkitan di pulau itu sama buruk dengan keadaan di China.

Taiwan, yang berkata ia sebuah negara berdaulat dan bukan sebahagian daripada China, melaporkan 42 kes Covid-19 dengan 1 kematian, berbanding lebih 80,000 kes dan lebih 3,000 kematian di China.

Sarawak mempunyai kawalan imigresen berasingan berbanding bahagian lain di Malaysia.

Minggu ini ia memasukkan Taiwan ke dalam senarai larangan perjalanan ke atas pelawat dari China, tetapi selepas itu mengeluarkannya berikutan bantahan daripada Taiwan, menurut Kementerian Luar negara itu.

“Berikutan perbincangan yang diadakan, #Sarawak in #Malaysia mengiktiraf #Taiwan bukan sebahagian #China dan membatalkan larangan masuk #Coronavirus,” kata Menteri Luar Taiwan Joseph WU di Twitter.

“Tahukah anda, China memaksa Sarawak supaya mengharamkan Taiwan sekali lagi. China tampak gembira’ membuli’ Taiwan, sekali gus meminta pengorbanannya di #Wuhan dihargai. Itu memualkan.”

Kementerian Luar China tidak memberi respons terhadap permintaan memberi komen. China menunjukkan sikap tidak sedang terhadap negara yang melarang kemasukan pelancong dari negara itu.

Pihak berkuasa imigresen juga enggan menjawab pertanyaan.

Krisis Covid-19 semakin memburukkan hubungan sedia lemah antara China dan Taiwan, yang dianggap wilayahnya oleh Beijing.

Malaysia dan Taiwan mempunyai hubungan budaya dan ekonomi yang baik walaupun tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi.

Ini bukan kali pertama Taiwan berdepan peminggiran perjalanan berikutan apa yang disifatkan oleh Taiwan sebagai salah kaitan dengan China.

Vietnam dan Filipina, menarik balik larangan terbang ke atas Taiwan selepas dibantah oleh negara itu.

Taiwan kurang berjaya dalam kes di Itali, yang larangan terbangnya ke atas China, termasuk Taiwan.

Taiwan diperintah secara berasingan daripada China dan negara itu tidak berkuasa ke atas dasar kesihatan umum pulau itu.