Dr. Amalina kini buka laman web sendiri kongsi tip kesihatan

Dr. Amalina buka blog bagi menjawab persoalan mengenai kesihatan.

Nama Dr. Amalina Bakri sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Setiap postingnya di laman Twitter pasti akan menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Malah pelbagai soalan berkaitan kesihatan turut dikemukakan kepada Amalina meskipun mengetahui dirinya sibuk dengan kerjaya sebagai pakar bedah sebuah hospital di London.

Atas dasar itu, Amalina memutuskan untuk membuka laman sesawang sendiri bagi berkongsi ilmu kesihatan untuk pengetahuan masyarakat umum.

“Selama beberapa tahun ini, saya sudah berkongsi ilmu dan fakta dengan bukti penyelidikan dan saya rasa sudah sampai masa saya membawanya ke peringkat seterusnya.

“Saya sangat teruja dengan projek terbaru ini dan berharap agar anda akan belajar sesuatu yang baru!”

Tetapi Amalina mengingatkan bahawa ini bukanlah platform untuk mendapatkan khidmat nasihat perubatan secara peribadi dan hanyalah medium untuk menyebarkan informasi am.

Selain itu, dia turut menegaskan orang ramai supaya berjumpa dengan doktor berhampiran sekiranya mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah kesihatan.

Menariknya Amalina turut mengalu-alukan cadangan apa jua topik yang boleh dikongsikan dalam laman web tersebut.

Idea ini sekaligus mendapat pujian netizen semua mengetahui dia sibuk dengan pesakit namun tetap cuba menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]