Penduduk Jawa Barat digemparkan dengan penemuan toyol dalam botol

Tidak dapat dipastikan sama ada toyol itu hidup atau tidak.

Semua orang pasti agak sukar untuk mempercayai perkara yang berkaitan dengan tahyul apatah lagi bagi orang Islam.

Bagaimanapun penduduk di Jawa Barat, Indonesia digemparkan dengan penemuan objek misteri menyerupai toyol di dalam sebuah botol kecil.

Ia turut mencetuskan tanda tanya banyak pihak sama ada “toyol” tersebut hidup atau tidak.

Beberapa penduduk Ciamis mendakwa mereka pernah melihat bahagian kepala “toyol” itu bergerak, namun perkara tersebut tidak dapat dibuktikan.

Difahamkan, “toyol” dalam botol berukuran 5 hingga 7cm dengan 1.5cm diameter itu ditemui penduduk dikenali sebagai Ibnu Kasir di belakang rumahnya di Dusun Pahauran, Desa Sindangsari, Kecamatan Banjarsari Sabtu lalu.

“Ia berada dalam keadaan statik. Objek tersebut kelihatan seperti bayi yang masih merah dengan wajah menyeramkan.

“Sebagai orang Islam kita harus percaya dengan perkara ghaib,” ujarnya yang bekerja sebagai petani dan guru mengaji kepada Detik.com.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]