Akhirnya… WhatsApp tampil dengan ‘dark mode’ bagi iOS dan Android

Aplikasi dark mode sememangnya ditunggu-tunggu semua pengguna telefon pintar.

“Dark mode” semakin menjadi trending di kalangan pengguna telefon pintar.

Malah sudah pasti ia sesuatu yang amat dinantikan bagi pengguna Android dan iOS, apabila aplikasi WhatsApp hari ini secara rasmi mengumumkan kehadiran mod tema gelap atau lebih popular dengan nama Dark Mode buat semua pengguna.

Melalui fungsi terbaru ini, warna aplikasi ini hadir dengan warna yang lebih gelap sekaligus membuatkan para pengguna lebih mudah untuk berhubung melalui WhatsApp dalam keadaan gelap tanpa menyakitkan mata.

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu mengaktifkan fungsi Dark Mode yang tersedia pada Android 10 dan iOS 13.

Buat pengguna Android 9 dan ke bawah, anda boleh mengaktifkannya dengan cara memilih tema gelap pada tatapan aplikasi WhatsApp.

Namun sebelum itu, pastikan anda mengemas kini aplikasi WhatsApp kepada versi terbaharu.

Caranya mudah sahaja.

WhatsApp ‘dark mode’ pada iOS.

iOS

  1. Pergi ke setting app
  2. Pilih Display dan Brightness
  3. Pilih dark (Pastikan update terlebih dahulu aplikasi WhatsApp di App Store)
WhatsApp ‘dark mode’ pada Android.

Android

  1. Pergi ke WhatsApp
  2. Kemudian ke setting
  3. Pilih chats
  4. Pilih theme
  5. Akhir sekali pilih dark

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]