Covid-19: Israel tutup pintu masuk dari Baitullaham, Palestin

Menurut WHO, terdapat 4 kes disahkan di Palestin dan 15 di Israel. (Gambar AP)

TEL AVIV: Israel menutup pintu masuk dan keluar dari bandar Baitullaham di Palestin ekoran kebimbangan penularan wabak Covid-19, memetik media Israel pada Jumaat lapor agensi berita Sputnik

Menurut Channel 13, Menteri Pertahanan Israel Naftali Bennett bersama kepemimpinan tentera dan koordinator pemerintahan wilayah pada Khamis bersetuju dengan penutupan itu.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Khamis turut mengumumkan darurat.

Pihak berkuasa Palestin berkata, sekolah dan universiti akan ditutup selama 30 hari.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan 7 kes baru Covid-19.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terdapat 4 kes disahkan di Palestin dan 15 di Israel.