Harga petrol, diesel turun 17 hingga 21 sen

PETALING JAYA: Putrajaya hari ini mengumumkan penurunan harga petrol RON95 sebanyak 19 sen, RON97 murah 21 sen dan diesel dikurangkan 17 sen mulai esok hingga 13 Mac ini.

Harga RON95 dikurangkan daripada RM2.08 kepada RM1.89, RON97 daripada RM2.40 kepada RM2.19 dan diesel daripada RM2.13 kepada RM1.96 seliter.

Ia antara penurunan paling banyak sejak Kementerian Kewangan mengumumkan penetapan harga siling RON95 dan diesel pada kadar RM2.08 serta RM2.18 seliter pada 27 Feb 2019 dan pertukaran kerajaan pada minggu lalu.