Islam rupanya… Rapper terkenal, Akon tunai umrah

Akon bergambar berlatar belakang Kaabah.

Gambar serta video penyanyi R&B terkenal Amerika Syarikat, Akon berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah bersama ahli keluarga serta rakan selebriti tular di media sosial.

Ramai peminat yang tidak mengetahui “rapper” kelahiran Senegal itu sebenarnya beragama Islam.

Rata-rata netizen yang berkongsi video dan foto tersebut bersyukur serta mendoakan agar dia terus istiqamah mendalami Islam serta segala urusan ibadahnya dipermudahkan Allah SWT.

Memetik laporan The News, penyanyi Akon atau nama sebenar Aliaume Damala Badara Akon Thiam itu telah mengadakan konsert jelajah di Arab Saudi sebelum menuju ke Tanah Suci.

Salah satu tweet netizen di laman sosial.

Dalam satu temu bual yang lain, penyanyi yang terkenal menerusi lagu “Lonely” dan “Smack That” mengakui rahsia terbesar kejayaannya kini kerana pegangan teguh serta kepercayaannya kepada agama Islam.

Sementara itu, menerusi sebuah majlis baru-baru ini, Akon pernah melahirkan rasa syukur dan mengakui Islam adalah kunci kepada kejayaannya.

“Rahsia di sebalik kejayaan saya adalah kepercayaan kepada Allah SWT dan dengan mengikuti syariat Islam” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]