Menakutkan… Bergaduh di pasaraya guna pisau gara-gara berebut tisu tandas

Pergaduhan di sebuah pasaraya di Australia hanya kerana berebut tisu tandas hingga sanggup keluarkan pisau.

Sama ada terlalu takut atau fobia boleh membuatkan seseorang itu hilang waras.

Inilah yang berlaku di Australia apabila berlaku pertengkaran melibatkan beberapa pengunjung di sebuah pasaraya hanya kerana tisu tandas!

Menurut seorang saksi, pada mulanya dia hanya mendengar pertengkaran namun kemudian keadaan menjadi semakin kecoh selepas ada di antara pengunjung pasaraya mengeluarkan pisau.

“Bila ada yang mula menggunakan pisau, orang ramai mula berlari,” kata saksi berkenaan memetik laporan Metro.co.uk

Polis di Sydney, Australia, kemudian dipanggil ke pasaraya Woolworths ekoran kekecohan itu.

Permintaan tisu tandas meningkat dan pasaraya Woolworths menghadkan pembelian hanya 4 pek bagi setiap pelanggan.

Menurut pegawai polis, seorang pekerja pasaraya memberitahu bahawa salah seorang yang terlibat dalam kekecohan itu membawa pisau.

Bagaimanapun, tiada kecederaan jiwa dilaporkan.

Kertas tandas sejak akhir-akhir ini mencatatkan peningkatan permintaan, dan pasaraya Woolworths menghadkan pembelian hanya 4 pek bagi setiap pelanggan.

Ia menjadi antara barang yang mendapat permintaan paling tinggi di kala Covid-19 sedang menular, dan pelanggan mula menyimpan pelbagai barang sebagai persediaan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]