Covid-19: UK catat 1 lagi kematian

Dalam tempoh 24 jam lepas, UK mengesahkan 48 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangkiti Covid-19 sehingga kini seramai 164 orang. (Gambar AP)

LONDON: United Kingdom (UK) mencatatkan satu lagi kematian akibat Covid-19, lapor agensi berita Sputnik.

Kes itu membabitkan pesakit berusia 80-an yang meninggal dunia di Hospital Milton Keynes.

Kematian pertama Covid-19 di UK dilaporkan pada Khamis melibatkan seorang wanita berusia 70-an.

“Dukacita saya umumkan pesakit ke-2 yang dijangkiti Covid-19 telah meninggal dunia di England,” kata ketua pegawai perubatan bagi England, Chris Whitty, memetik Sky News.

Dalam tempoh 24 jam lepas, UK mengesahkan 48 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangkiti sehingga kini seramai 164 orang.